Counting my day...

Wednesday, January 28, 2009

Ya Muhaimin..

Kuat Ingatan

Dibaca 145 kali selepas solat Isyak, insyaallah akan memperolehi daya ingatan yang kuat. Daya ingatan atau hafalan akan bertambah sekiranya sentiasa diamalkan, insyaallah.


Pelindung Diri

Selepas berwudhuk atau mandi sunat untuk solat Jumaat, kerjakan solat 2 rakaat, dan dibaca 115 kali, insyaallah dijauhi perasaan bimbang sehingga Jumaat berikutnya.


Keamanan

Dibaca 40 kali sehari untuk merasa aman dan tenteram.


Mempelajari Rahsia Illahi

Allah SWT mengajar kita rahsiaNya jika kita amalkan Ya Muhaimin di sebarang waktu atau hari. Jika dibaca 101 kali pada bila-bila masa ketika menginginkan sesuatu insyallah akan tercapai.


Membersihkan Perwatakan

Mengamalkan solat sunat 2 rakaat atau sunat nafil (tengah malam) dan kemudian membaca Ya Muhaimin 100 kali, jiwa dan jasadnya akan menjadi bersih. Hatinya akan menjadi suci dengan cahaya keimanan bersinar pada wajahnya.


Wasalam.e-mail dr seorang sahabat..

0 comments: