Selamt pagii!!..tetibe rs nk blogging pepagi ni..sbb td tgk status ym damai menarik perhatian aku..
"Second child syndrome..mmg ade ek?huhu.."..lbh kurg camtu la..
Actually..my mum dulu pnh attend bnyk kursus psl parenting..n bnyk kali die pnh sebut..anak kedua ni lain..n mostly org yg sakit jiwa..kebanyakan anak kedua(klu xsilap aku la..dh lupe..)..especially klu atas n bwh die adalah adik beradik yg same jantina..cnth..klu die pmpn..atas n bwh die pmpn jgk.. Emmm..aku bkn pakar psychology yg nk membenarkn kata2 aku..cume itu yg penah aku dgr dr my mum la..
Aku ade cousin yg same camtu..gurl..she has a sister n next of her also sister..n of course she is the second child.. die sgt lain..sensitif..since die skolah rendah..my makcik xblh kejutkn die kasar2..mest ckp lembut..n since dr kecik..die akan wat sumthing untk menarik perhatian org..even die akan kiss mak die time mak die tdo..can u imagine??..betape die nk bgtau yg die syg..tp xblh..tu je crnye..sbb die rs org xberikn die perhatian..
Sampai skarg..tibe2 die akan tarik muke..tp xde sape tau kenape..betapa die memendam..sedih kn..
One day..my mak cik mrh2 die..n of course die akan memberontak..tp my mum dtg dkt die..pujuk..btulkn baju skolah die..elok la plak..die cume nk perhatian..
let's see wat this "second child syndrome.." is about..
Sindrom Anak Kedua
Oleh ZAKARIA SUNGIB
(petikan dari majalah Anis)
Bagaimana cara hendak berdepan dengan anak lelaki yang sudah remaja tetapi susah hendak mendengar cakap? Anak ini anak kedua dalam keluarga. Soalan ini diajukan oleh seorang ibu dalam satu program keibubapaan yang dikendalikan oleh Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah.
Menurut pakar motivasi ini, masalah tersebut ada kaitan dengan apa yang dinamakan ‘The Second Child Syndrome’ atau sindrom anak kedua. Anak kedua lazimnya anak yang sukar difahami. Anak yang suka bebas dan suka berdikari. Dengan erti kata lain, tidak gemar dikongkong.
Berdasarkan pengalamannya, daripada seribu remaja yang pernah dikaunseling, 60 peratus adalah anak kedua. Bagaimanapun, ini tidak bermakna anak kedua memang selalu bermasalah. Ia berkait rapat juga dengan cara ibu bapa mendidik dan menangani anak ini sejak dia kecil hingga usia remaja.
"Anak kedua paling rasa terbiar apabila dapat adik," ujar Dato’ Dr. Fadzilah. Anak sulung memang selalu mendapat perhatian tetapi anak kedua duduk di tengah-tengah. Ini memperngaruhi perwatakannya apabila rasa terbiar itu tidak diendahkan oleh ibu bapa.
Ibu yang bertanyakan pandangan tadi berkata, anak keduanya sudah habis belajar tetapi belum mahu mencari pekerjaan. Sudah disuruh tapi dia tidak mahu. Alasannya, bapa tidak belikan dia motosikal. Jadi dia beri syarat, kalau mahu dia bekerja, belikan dia motosikal supaya mudah berulang-alik ke tempat kerja.
Dato’ Dr. Fadzilah berkata, adalah penting bagi ibu bapa memahami hakikat kelainan anak kedua untuk menangani permasalahannya. "Bagi anak lelaki, kena berbincang tetapi jangan secara berhadapan atau bersetentang. Jika emak bincang secara berdepan dengan anak lelaki, dia akan melawan. Peluklah bahunya dari tepi dan kita nasihat dia dengan tidak menaikkan suara," beliau memberi petua.
Menurutnya, anak yang bijak kadang-kadang tidak mendengar cakap ibu bapa. "Bincang dan terangkan dengan sebab-sebab yang jelas supaya dia boleh terima, terutama kepada anak lelaki. Anak lelaki, kita kena terangkan kenapa, kenapa, kenapa, kenapa... Insya-Allah dia akan dengar."
Yang penting katanya, didiklah anak yang sudah remaja ini secara berkawan. Dekati dia dan fahami jiwanya. Hormati pandangan dan permintaan anak, asalkan ia munasabah. Apabila ibu bapa memenuhi permintaan anak ini, seperti membelikannya motosikal, berilah syarat. Misalnya, awal-awal lagi kita beri syarat agar dia tidak pandu laju-laju, tidak lumba haram, gunakan motor untuk perkara yang baik-baik dan sebagainya. Kemudian bila dia sudah bekerja, suruhlah dia bayar ansuran motor itu.
Dato’ Dr. Fadzilah berkata, anak remaja perlu diberikan kebebasan tetapi dalam masa yang sama perlu selalu dipesan dan diperhati kalau-kalau tergelincir. "Paling baik nasihatkan sebelum tidur malam. Pesan tiap-tiap malam sambil peluk dia."
Pesanan kepada anak pula mesti jelas dan lengkap. Ramai anak tidak dengar cakap mungkin kerana ibu bapa tidak berpesan kepada mereka secara jelas dan lengkap. "Ramai ibu bapa selalu pesan kepada anak perempuan yang hendak keluar rumah, jaga diri baik-baik. Tetapi kepada lelaki tidak dipesan. Jadi ibu bapa kena pesan juga kepada anak lelaki." Namun pesanan seperti "Jaga diri baik-baik" atau "Naik motor baik-baik" tidak cukup jelas maksudnya dan tidak lengkap. Ia terlalu umum dan tidak ada ‘gambar’ atau visualnya di minda anak. Contoh pesanan yang jelas dan lengkap adalah: "Nak naik motor tu baca doa" (di samping kita ajarkan dia doa naik kenderaan) atau "Bawa motor jangan lebih 60km sejam."
Begitu juga pesanan seperti "Jangan balik lewat-lewat", ia terlalu umum dan tidak lengkap. Pesanan yang jelas dan lengkap adalah, "Balik awal sikit, jangan lebih pukul sepuluh malam."
Menurut Dato’ Dr. Fadzilah, pesanan yang jelas dan lengkap begini lebih berkesan kerana ada ‘gambar’ yang terpahat di minda anak.
Menangani anak kedua yang bermasalah juga memerlukan kesabaran dan jangan sekali-kali berputus asa atau ‘give up’. "Ramai ibu bapa yang boleh sabar terhadap anak orang tetapi kurang sabar terhadap anak sendiri."
**Even aku pn anak kedua..hehe.. mak je tau cemane perangai aku..
Ingin aku katakan
Kau gadis idaman
Adakah mungkin kau kumiliki
Ingin aku jadikan
Inasan bernama kekasih
Keayuan yg tergambar
Lukisan nur iman
Bersulamkan keindahan santun perkataan
Bagai puith salju mendinginkan hangat perasaan
Mengusir segala resah di jiwa
Kusampaikan slm ucapan mesra
dan merisik khabar berita
Masihkah ada peluang
Utkku melafazkan cinta
Umpama rembulan jatuh ke riba
Mendengar khabaran darinya
Padaku kau memendam rasa
PadaMu oh Tuhan
Kumohonkan keredaan
Nur kasih yg kudamba
Kekal hingga ke syurga
Hanya satu yg kupinta
Kebaikan darinya
Moga dipeliharakan tulus cinta kita
Agar kukuh ikatan yg murni bahagia selamanya
Dgn lafaz pernikahan yg mulia
Dtglah kasihmu dlm diriku
Menghiasi ruang hatiku
Akanku sambutnya dgn
Sujud penuh kesyukuran
Kuharap jalinan kan berpanjangan
Selagi kasih yg terbina
Kerana cinta kpdNya
Kauku sayangi
Teman sejati
Dikaulah sesungguhnya
Insan bernama kekasih